Thursday, October 18, 2012

SUARA HARI ESOK



bagaikan bulan
bulan menerangi malam
bagaikan daun
dibuai hembusan bayu
bagaikan burung
tinggi di angkasa di langit biru
bagaikan bintang
berkelipan diwaktu malam
bagaikan lilin
di penjuru jalan
bagaikan ombak kecil
di lautan luas berenang ke tepian
bagai mentari disebalik awan
menyerikan alam menghidupkan bumi ini
dengarlah suara kami
dendangan hati ini
kami anak bangsamu
suara hari esok
dengarlah suara kami
pupuklah jiwa ini
kami anak bangsamu
suara hari esok (dan kini)
suara


p/s : igtkah lagi kalian akan lagu ini .. lagu suara hari esok yang dulunya kita dengari di NTV7. 

Wednesday, July 11, 2012

ketika jarak menjadi isu


jarak..
jarak jadi penghalangkan .
kalau memang sesunguhnya jarak itu penghalang
sekatlah jarak itu
dan rapatkan diri dengan jarak yang mampir dengan kau
dan aku tak mahu jadikan jarak itu sebagai isu
karna
aku sedar
aku tak mampu untuk ada dengan realitinya
di setiap saat kau memerlukan aku.
ketika sakitmu
ketika kusutmu
ketika sukamu
ketika dukamu
ketika itu
ketika ini
ketika
hidup jarak kita hanya bertemankan teknologi
dan aku sedar
kadang-kadang teknologi ini tidak membantu
karna tetap akan diungkit
jarak itu penghalang


Friday, June 15, 2012

once upon a time i was play a stupid game

sewaktu perjalanan menghantar adikku ke hostelnya aku ternampak iklan permainan golf. kemudian aku bersuara bertanya kepada ayah. kataku ayah, u pernah main golf tak ? jawabnya pernah kemudian ayah bersuara lagi it was a stupid game. then i ask why is that. haha ayah jawab stupid game la, pukul jauh-jauh then pergi cari bola kutip or pukul balik. kan kerja bodoh katanya. sambung ayah like u la play hockey.. such a stupid game even bola sepak lagi la bodoh. ramai-ramai kejar sebijik bola. bola memang stupid game pun orang lain yang maen bola. orang lain yang gila. kata ayah lagi bola stupid game sebab ble kte da masukkan gol jerit bagai nak gile. kan buat penat namanya, ayah penggemar sukar lasak pacuan empat roda. lalu aku berkata kepada ayah lagi so u also stupid la. sebab u buat kereta u buang duit banyak-banyak then masuk hutan langar sana langgar sini. then ayah gelak. yes stupid game that why now i make money with 4x4. sambungku but then u have try and play all the stupid game .

kata ayah : once upon a time i was play a stupid game.

Wednesday, May 30, 2012

anak kecik zaman sekarang

kenapa zaman berubah pemikiran pun berubah? inilah yang dinamakan peredaran semasa tapi yang aku tak paham pemikiran anak kecik turut berubah.
dulu aku kecik yang aku tahu cuma maen..maen..maen
tak kenal erti blackberry ataupun iphone.
12 tahun? usia kalian pada 12 tahun apakah yang ada lakukan? apa yang kalian fikirkan?

bila kita kena marah dengan ayah dan bonda, kita rasa mereka tak sayang kita kan. rasa nyesal jadi anak mereka. rasa benci kat mereka. rasa nak lari rumah kan.. tapi tak pernah sekali pun buat. betul tak ?
sebab kita cuma andaikan..

tapi anak kecik sekarang
tak boleh dimarah..diherdik..mahupun disentuh
ke-sensitifan mereka melampau mencanak
sikit-sikit ugut lari rumah. kadang-kadang terus hilang bila kita nak amik mereka pulang dari sekolah
yang mereka tau perasaan mereka.. abih perasaan keluarga yang menggila mencari.
aku belum kawen. belum punya anak tapi aku dapat rasa apa yang mereka rasa. mereka yang sebagai anak kecik mahupun mereka sebagai ayah bonda.
pemikiran mereka ini tak sama langsung dengan kita semasa usia mereka.
apa sebenarnya terjadi ?
adakah ini turut dalam proses peredaran semasa?
salah siapakah ini semua ?
ayah ? bonda ? anak kecik ? situasi ? ataupun masa ?

.........................................................................................................

satu pagi, seorang kakak digelar Kak Yong yang sarcastic kepada dua orang adiknya yang sedang meng-pack-kan pakaian mereka karna akan diambil oleh aku untuk berjalan-jalan lalu tinggal di rumah kakak itu diwaktu cuti sekolah. Kak Yong darjah 6 ada kelas tambahan. Dua hari sebelum itu Kak Yong memujuk abahnya untuk membolehkan mengikutku tapi kata abahnya Yong pergi sekolah. Lalu Yong merajuk seolah-olah tiada esok. malam itu aku ketemu lagi dengan abahnya lalu abahnya kata nanti bawak Yong sekali. abahnya membenarkan Yong ponteng sekolah satu hari. pada hari kejadian ketika aku muncul di depan pintu teratak nenda mereka adik Yong yang berdua itu sudah pun siap..

aku bertanyakan mana Yong? jawab opah Yong pergi sekolah.. kemudian tanya ku lagi kenapa Yong g sekolah Abah suruh bawak Yong sekali.. Opah jawab Abah tak cakap pun. kemudian aku berlalu pergi dengan anak-anak kecik yang 2 orang ini.

saat kami berjalan-jalan kami dikejutkan dengan panggilan dari ibuku, Abah anak-anak kecik ini, dan Pak su mereka.

nampak Yong tak ? bawak Yong tak ?
dari tawaf 17x kat Convent ni tapi Yong tak da.
sekarang jam 1435 sesi kelas tamabahannya abis 1100
kata pak su nya mungkin Yong merajuk karna pagi tadi masa Pak su anta Yong pergi sekolah dia kata nak ikut aku.

sesi pencarian diteruskan sampailah petang sampailah tukang cari pulang kerumah.
anak kecik hilang.. perasaan semua gundah gulana. kenapa karna kami sayang kamu.

1927 - text dari Pak su nya Yong da pulang katanya pergi kawan.

kata pak su nya anak zaman sekarang suka memberontak tak boleh nak di marah-marah..

hari ini aku ketemu Yong.. sambil tarik telinga nya . Yong gi mana ? maen bowling katanya .. besssttt..
asal tak call ? senang jawabnya tak ingat. aku tanya lagi tak ingat apa ? tak ingat nombor katanya.. abih xboleh call abah ke ? tak kan nombor abah pun tak ingat.. sengih lalu menjawab tak ingat nak call..
kata ku laen kali buat lagi.. baru aku lepas cubitan ku..

..........................................................................................................

anak kecik zaman sekarang.. 

Wednesday, May 23, 2012

aku bukan gadis bunga

3 hari lepas sedang kami ber-texting kemudian ttbe2x aku dpt text dia flower or choclate. aku da dpt agak permainan seterusnya dengan selamba aku menjawab nak buat ape? kemudian dia kata jawab je la . lalu aku pun jawabchoclate karna aku bukan gadis bunga. sumpah xrock.eeeeuuuu aku gadis bunga sumpah crap. xpernah ada org pun cuba bg bunga kat aku dari dulu sbb aku da warning kalau sapa2x bg bunga kat aku sumpah aku buang bunga tu depan dia jugak. kemudian dia bertanya lagi white choc or dark choc jawab aku no white choc and not dark choc.kemudian situasi ini tamat . pada hari ahad itu kami berjumpa dan sumpah tidak aku teringat langsung akan bunga mahupun choc itu. ntah macam mana hari tu aku tak da kereta. pulang menaiki keretanya. ketika berada di traffic light simpang ke rumah ku. dia meminta aku membuka dashboard-nya. aku nampak tapi ttbe2x jadi blur jap. kemudian dia kata amik la. lalu aku pegang sekuntum bunga ros dan cadburry black forest itu. ttbe2 otakku petak sebentar mcm pelik xpernah tengok bunga. kemudian aku gelak dan gelak seolah2x aku da giler. kejap aku waras kejap aku gelak. sebenarnya aku malu dan segan ttbe dapat bunga. dan di saat aku gelak aku teringat kata2x ku kepada kawan ku yang ingin menggedik memberi bunga kepadaku. berani kau bagi bunga. aku buang dan pijak kat situ jugak . terus aku gelak lagi. dia pelik dan terus pelik. aku bukan gadis bunga. aku xcukup gadis utk terima bunga. kemudian malam itu text nya membuatkan aku tersenyum sendiri. katanya saya tau awak bukan gadis bunga tapi saya tetap nak bagi. apa-apa pun awak terima kasih utk bunga ros dan choc itu.

Saturday, May 19, 2012

cinta itu tidak pernah buta

cinta itu dikatakan buta.
butakah cinta itu?
tipu .. bohong..
aku tidak percaya..
cinta itu indah
cinta itu agung
cinta itu anugerah

jadi mengapakah kalian mengatakan
cinta itu buta
mana buktinya ?
kalian tetap dengan pendirian kalian ?
jadi adakah
cinta kepada binatang itu buta ?
tidak bukan..
kita sayang akan binatang kita masakan kita bela ia.
jadi adakah
cinta kepada alam itu buta ?
tidak bukan
kita sayang alam ini masakan kita menjaga dan membelai alam ini.
jadi adakah
cinta kepada tuhan itu buta ?
tidak bukan
cinta pada tuhan agung .. esa

manakah cinta yang buta itu ?
cinta kepada manusia ?
cinta kepada manusia juga tidak buta
yang buta adalah manusia
manusia yang menjadikan dirinya buta
tatkala berada gelora cinta.
lalu menyalahkan cinta
bukan saja manusia ini buta tapi bodoh karna
menyalahkan cinta yang sepatutnya indah dan agung.

jadi kepada kalian yang masih mengatakan
cinta itu buta..
sebenarnya kalian silap
sebenarnya kalian lah yang buta dan bodoh itu.

cinta itu tidak pernah buta..

Wednesday, March 14, 2012

cinta seorang adik

hari ini aku melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang polos itu kusut dan bermasam muka merenung jarum jam yang bergerak setiap saat. renungannya tajamnya itu sikit pun tidak terganggu dengan persekitaran yang cuba mengganggunya. masih lagi ingin aku mendalami kanak-kanak ini. kanak-kanak ini aku kenal sememangnya cukup sifat dengan sifat keanakkannya, amarahnya, tawanya, nakalnya, cerianya, ngada-ngadanya tapi dari segi raut wajahnya kanak-kanak ini sungguh matang tidak kelihatan langsung seperti anak bongsu. masih lagi kanak-kanak kecil ini meratap jarum jam yang bergerak itu lalu mengeluarkan suara kecilnya kakak tak mesej lagi ke tanyanya kepada adikku. kekusutan kanak-kanak ini terjawab dengan perkabaran yang disuarakan itu. rendik jam itu menunjukkan 11.15 malam. kakaknya masih lagi sibuk di studio dengan rentak tarinya. kasih sayangnya terhadap kakaknya sungguh suci dan lulur. kanak-kanak yang sebayanya mungkin tidak rasa akan perasaan yang dia rasa.
wajahnya sungguh lega pabila ketemu dengan kakaknya kembali bagai telah melepaskan satu beban yang sungguh berat.

kemudian aku teringat kisah semalamnya. kanak-kanak yang sama ini juga yang semalamnya merengek dan menitiskan air matanya karna kakaknya hanya karna kakaknya pergi bermaen basikal lagi selepas mereka dikejar oleh van biru misteri itu. hilangnya kakaknya itu dari pandangannya membuatkan kanak-kanak itu kembali resah. apa yang keluar dari mulutnya hanya " kakaaaakkk .. kaaakkkaaakkk". aku cuba menenangkan kanak-kanak ini dan dalam kotak kecil aku berkata kanak-kanak ini sungguh bagus dengan keadaan lelahnya masih sempat lagi dia memikirkan kakaknya dan ingin dia pergi mencari kakaknya namun aku menghalangnya. ini bukan drama tapi hakiki masih ada seorang adik kecil yang tidak tahu apa-apa tentang dunia luar tetapi hanya memikirkan kasihnya itu terhadap kakaknya

buat si kakak kepada kanak-kanak ini jangan sesekali kau butakan mata dan hati kau untuk melihat kasih sayang yang suci dan tulus dari adikmu ini. bukan semua orang dapat kasih sekuat ini dari seorang kanak-kanak kecil.pasti satu hari nanti kanak-kanak ini yang bakal membimbing dan menjaga keluarga kalian jika sesuatu terjadi tanpa keluhan dan rintihan. dan aku sendiri pasti kau pun tak sekuat dan seteguh anak kecil ini.

cinta seorang adik itu tak pernah kenal usia
cinta seorang adik tidak akan pernah mati walau sesaatpun.


Sunday, March 11, 2012

kepada mereka yang turut benci akan PROGRAMMING dan dunia codingnya

kepada kod-kod program
bantulah aku untuk mengenali dan mengerti kamu
aku cuba berulang kali untuk mencintai kamu
namun tidak sekali pun memberi ruang.
apa salahku
apa dosaku
tukang ajar itu
sungguh bersemangat dan berdedikasi mencurahkan baktinya
masih lagi soul ku
tak mampu menerima
kusut..
wahai dunia yang penuh
dengan coding
hadirlah menyapa hati ini
aku butuh kamu
aku perlu kamu
aku rayu
aku tak mahu menjadi loser.

Saturday, February 18, 2012

kesedaran dari kejatuhan

aku meratap kejatuhan yang aku alami
yang aku rasa perit dan pedih itu
tapi aku alpa
dan sering alpa bahawa
aku masih bertuah sebenarnya..

sahabat, kasih yang aku panjat ini
buat kau
karna
agar aku sedar bukan aku sorang yang pernah jatuh
malah untuk aku terus gagah berdiri lagi
diwaktu yang lain sudah pun
cacat dan tempang untuk berdiri lagi

Syukur,
masih belum terlambat

Friday, February 17, 2012

di saat aku rindukan bunda

bunda
perkataan pertama yang terucap dibibirku
disaat itu kaulah yang paling bahgia
mendengar tuturku..
tak dapatku bayangkan tawamu pabila
mendengar aku memanggilmu dengan pelatku
kau bikin aku tertawa sendirian membayangkan saat itu.

bunda
semakin aku besar
semakin aku nakal
malah kadang-kadang bila berjauhan
semakin aku lupa tentang kau

tentang kau yang sebenarnya yang mengajar aku
sejuta erti.
tapi mengapa aku tetap lupa akan bunda

bunda
maafkan aku karna menjadi seperti sekarang ini
jika ini bukan kehendakmu
sebenarnya di saat ini aku anakmu sangat rindukan pelukan mu
pelukan bunda yang erat itu
kucupan kasih mu ke dahi ku

bunda
aku rindu kamu.
rindu kamu


p/s : buat sahabatku leman yang baru mengenali diriku ini lalu rindu akan bundanya

dunia kau dan aku

dunia aku tak pernah sama dengan dunia kau .
aku mempertahankan dunia yang berbeda ni
di saat semua berpaling terhadap aku dan kau
tapi apakah dayaku kau khianat dunia kau dan aku
dan tenggelamkan aku dalam dunia kau sorang.

mana dunia kau dan aku
mana
mana kau campakkan ia
punah segalanya

rintih aku sendirian tanpa kau dalam dunia kau dan aku
membuatkan aku sedar
sebernanya
aku telah lama mati dalam dunia kau dan aku di sisimu
mengapa?
mengapa?

ahhhhhhhhhhh
bisikan orang-orang yang dulunya berpaling terhadap dunia kau dan aku
kini kedengaran dengan bingit di gendang telinga ku

mungkin benar kata mereka
cuma aku yang bodoh membelakangi mereka di saat itu
karna pandanganku kabur disebabkan kau .

kini kau
dan
dunia kau dan aku
adalah masa lalu ku ..