Wednesday, May 30, 2012

anak kecik zaman sekarang

kenapa zaman berubah pemikiran pun berubah? inilah yang dinamakan peredaran semasa tapi yang aku tak paham pemikiran anak kecik turut berubah.
dulu aku kecik yang aku tahu cuma maen..maen..maen
tak kenal erti blackberry ataupun iphone.
12 tahun? usia kalian pada 12 tahun apakah yang ada lakukan? apa yang kalian fikirkan?

bila kita kena marah dengan ayah dan bonda, kita rasa mereka tak sayang kita kan. rasa nyesal jadi anak mereka. rasa benci kat mereka. rasa nak lari rumah kan.. tapi tak pernah sekali pun buat. betul tak ?
sebab kita cuma andaikan..

tapi anak kecik sekarang
tak boleh dimarah..diherdik..mahupun disentuh
ke-sensitifan mereka melampau mencanak
sikit-sikit ugut lari rumah. kadang-kadang terus hilang bila kita nak amik mereka pulang dari sekolah
yang mereka tau perasaan mereka.. abih perasaan keluarga yang menggila mencari.
aku belum kawen. belum punya anak tapi aku dapat rasa apa yang mereka rasa. mereka yang sebagai anak kecik mahupun mereka sebagai ayah bonda.
pemikiran mereka ini tak sama langsung dengan kita semasa usia mereka.
apa sebenarnya terjadi ?
adakah ini turut dalam proses peredaran semasa?
salah siapakah ini semua ?
ayah ? bonda ? anak kecik ? situasi ? ataupun masa ?

.........................................................................................................

satu pagi, seorang kakak digelar Kak Yong yang sarcastic kepada dua orang adiknya yang sedang meng-pack-kan pakaian mereka karna akan diambil oleh aku untuk berjalan-jalan lalu tinggal di rumah kakak itu diwaktu cuti sekolah. Kak Yong darjah 6 ada kelas tambahan. Dua hari sebelum itu Kak Yong memujuk abahnya untuk membolehkan mengikutku tapi kata abahnya Yong pergi sekolah. Lalu Yong merajuk seolah-olah tiada esok. malam itu aku ketemu lagi dengan abahnya lalu abahnya kata nanti bawak Yong sekali. abahnya membenarkan Yong ponteng sekolah satu hari. pada hari kejadian ketika aku muncul di depan pintu teratak nenda mereka adik Yong yang berdua itu sudah pun siap..

aku bertanyakan mana Yong? jawab opah Yong pergi sekolah.. kemudian tanya ku lagi kenapa Yong g sekolah Abah suruh bawak Yong sekali.. Opah jawab Abah tak cakap pun. kemudian aku berlalu pergi dengan anak-anak kecik yang 2 orang ini.

saat kami berjalan-jalan kami dikejutkan dengan panggilan dari ibuku, Abah anak-anak kecik ini, dan Pak su mereka.

nampak Yong tak ? bawak Yong tak ?
dari tawaf 17x kat Convent ni tapi Yong tak da.
sekarang jam 1435 sesi kelas tamabahannya abis 1100
kata pak su nya mungkin Yong merajuk karna pagi tadi masa Pak su anta Yong pergi sekolah dia kata nak ikut aku.

sesi pencarian diteruskan sampailah petang sampailah tukang cari pulang kerumah.
anak kecik hilang.. perasaan semua gundah gulana. kenapa karna kami sayang kamu.

1927 - text dari Pak su nya Yong da pulang katanya pergi kawan.

kata pak su nya anak zaman sekarang suka memberontak tak boleh nak di marah-marah..

hari ini aku ketemu Yong.. sambil tarik telinga nya . Yong gi mana ? maen bowling katanya .. besssttt..
asal tak call ? senang jawabnya tak ingat. aku tanya lagi tak ingat apa ? tak ingat nombor katanya.. abih xboleh call abah ke ? tak kan nombor abah pun tak ingat.. sengih lalu menjawab tak ingat nak call..
kata ku laen kali buat lagi.. baru aku lepas cubitan ku..

..........................................................................................................

anak kecik zaman sekarang.. 

Wednesday, May 23, 2012

aku bukan gadis bunga

3 hari lepas sedang kami ber-texting kemudian ttbe2x aku dpt text dia flower or choclate. aku da dpt agak permainan seterusnya dengan selamba aku menjawab nak buat ape? kemudian dia kata jawab je la . lalu aku pun jawabchoclate karna aku bukan gadis bunga. sumpah xrock.eeeeuuuu aku gadis bunga sumpah crap. xpernah ada org pun cuba bg bunga kat aku dari dulu sbb aku da warning kalau sapa2x bg bunga kat aku sumpah aku buang bunga tu depan dia jugak. kemudian dia bertanya lagi white choc or dark choc jawab aku no white choc and not dark choc.kemudian situasi ini tamat . pada hari ahad itu kami berjumpa dan sumpah tidak aku teringat langsung akan bunga mahupun choc itu. ntah macam mana hari tu aku tak da kereta. pulang menaiki keretanya. ketika berada di traffic light simpang ke rumah ku. dia meminta aku membuka dashboard-nya. aku nampak tapi ttbe2x jadi blur jap. kemudian dia kata amik la. lalu aku pegang sekuntum bunga ros dan cadburry black forest itu. ttbe2 otakku petak sebentar mcm pelik xpernah tengok bunga. kemudian aku gelak dan gelak seolah2x aku da giler. kejap aku waras kejap aku gelak. sebenarnya aku malu dan segan ttbe dapat bunga. dan di saat aku gelak aku teringat kata2x ku kepada kawan ku yang ingin menggedik memberi bunga kepadaku. berani kau bagi bunga. aku buang dan pijak kat situ jugak . terus aku gelak lagi. dia pelik dan terus pelik. aku bukan gadis bunga. aku xcukup gadis utk terima bunga. kemudian malam itu text nya membuatkan aku tersenyum sendiri. katanya saya tau awak bukan gadis bunga tapi saya tetap nak bagi. apa-apa pun awak terima kasih utk bunga ros dan choc itu.

Saturday, May 19, 2012

cinta itu tidak pernah buta

cinta itu dikatakan buta.
butakah cinta itu?
tipu .. bohong..
aku tidak percaya..
cinta itu indah
cinta itu agung
cinta itu anugerah

jadi mengapakah kalian mengatakan
cinta itu buta
mana buktinya ?
kalian tetap dengan pendirian kalian ?
jadi adakah
cinta kepada binatang itu buta ?
tidak bukan..
kita sayang akan binatang kita masakan kita bela ia.
jadi adakah
cinta kepada alam itu buta ?
tidak bukan
kita sayang alam ini masakan kita menjaga dan membelai alam ini.
jadi adakah
cinta kepada tuhan itu buta ?
tidak bukan
cinta pada tuhan agung .. esa

manakah cinta yang buta itu ?
cinta kepada manusia ?
cinta kepada manusia juga tidak buta
yang buta adalah manusia
manusia yang menjadikan dirinya buta
tatkala berada gelora cinta.
lalu menyalahkan cinta
bukan saja manusia ini buta tapi bodoh karna
menyalahkan cinta yang sepatutnya indah dan agung.

jadi kepada kalian yang masih mengatakan
cinta itu buta..
sebenarnya kalian silap
sebenarnya kalian lah yang buta dan bodoh itu.

cinta itu tidak pernah buta..