Wednesday, May 30, 2012

anak kecik zaman sekarang

kenapa zaman berubah pemikiran pun berubah? inilah yang dinamakan peredaran semasa tapi yang aku tak paham pemikiran anak kecik turut berubah.
dulu aku kecik yang aku tahu cuma maen..maen..maen
tak kenal erti blackberry ataupun iphone.
12 tahun? usia kalian pada 12 tahun apakah yang ada lakukan? apa yang kalian fikirkan?

bila kita kena marah dengan ayah dan bonda, kita rasa mereka tak sayang kita kan. rasa nyesal jadi anak mereka. rasa benci kat mereka. rasa nak lari rumah kan.. tapi tak pernah sekali pun buat. betul tak ?
sebab kita cuma andaikan..

tapi anak kecik sekarang
tak boleh dimarah..diherdik..mahupun disentuh
ke-sensitifan mereka melampau mencanak
sikit-sikit ugut lari rumah. kadang-kadang terus hilang bila kita nak amik mereka pulang dari sekolah
yang mereka tau perasaan mereka.. abih perasaan keluarga yang menggila mencari.
aku belum kawen. belum punya anak tapi aku dapat rasa apa yang mereka rasa. mereka yang sebagai anak kecik mahupun mereka sebagai ayah bonda.
pemikiran mereka ini tak sama langsung dengan kita semasa usia mereka.
apa sebenarnya terjadi ?
adakah ini turut dalam proses peredaran semasa?
salah siapakah ini semua ?
ayah ? bonda ? anak kecik ? situasi ? ataupun masa ?

.........................................................................................................

satu pagi, seorang kakak digelar Kak Yong yang sarcastic kepada dua orang adiknya yang sedang meng-pack-kan pakaian mereka karna akan diambil oleh aku untuk berjalan-jalan lalu tinggal di rumah kakak itu diwaktu cuti sekolah. Kak Yong darjah 6 ada kelas tambahan. Dua hari sebelum itu Kak Yong memujuk abahnya untuk membolehkan mengikutku tapi kata abahnya Yong pergi sekolah. Lalu Yong merajuk seolah-olah tiada esok. malam itu aku ketemu lagi dengan abahnya lalu abahnya kata nanti bawak Yong sekali. abahnya membenarkan Yong ponteng sekolah satu hari. pada hari kejadian ketika aku muncul di depan pintu teratak nenda mereka adik Yong yang berdua itu sudah pun siap..

aku bertanyakan mana Yong? jawab opah Yong pergi sekolah.. kemudian tanya ku lagi kenapa Yong g sekolah Abah suruh bawak Yong sekali.. Opah jawab Abah tak cakap pun. kemudian aku berlalu pergi dengan anak-anak kecik yang 2 orang ini.

saat kami berjalan-jalan kami dikejutkan dengan panggilan dari ibuku, Abah anak-anak kecik ini, dan Pak su mereka.

nampak Yong tak ? bawak Yong tak ?
dari tawaf 17x kat Convent ni tapi Yong tak da.
sekarang jam 1435 sesi kelas tamabahannya abis 1100
kata pak su nya mungkin Yong merajuk karna pagi tadi masa Pak su anta Yong pergi sekolah dia kata nak ikut aku.

sesi pencarian diteruskan sampailah petang sampailah tukang cari pulang kerumah.
anak kecik hilang.. perasaan semua gundah gulana. kenapa karna kami sayang kamu.

1927 - text dari Pak su nya Yong da pulang katanya pergi kawan.

kata pak su nya anak zaman sekarang suka memberontak tak boleh nak di marah-marah..

hari ini aku ketemu Yong.. sambil tarik telinga nya . Yong gi mana ? maen bowling katanya .. besssttt..
asal tak call ? senang jawabnya tak ingat. aku tanya lagi tak ingat apa ? tak ingat nombor katanya.. abih xboleh call abah ke ? tak kan nombor abah pun tak ingat.. sengih lalu menjawab tak ingat nak call..
kata ku laen kali buat lagi.. baru aku lepas cubitan ku..

..........................................................................................................

anak kecik zaman sekarang.. 

No comments:

Post a Comment