Wednesday, March 14, 2012

cinta seorang adik

hari ini aku melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang polos itu kusut dan bermasam muka merenung jarum jam yang bergerak setiap saat. renungannya tajamnya itu sikit pun tidak terganggu dengan persekitaran yang cuba mengganggunya. masih lagi ingin aku mendalami kanak-kanak ini. kanak-kanak ini aku kenal sememangnya cukup sifat dengan sifat keanakkannya, amarahnya, tawanya, nakalnya, cerianya, ngada-ngadanya tapi dari segi raut wajahnya kanak-kanak ini sungguh matang tidak kelihatan langsung seperti anak bongsu. masih lagi kanak-kanak kecil ini meratap jarum jam yang bergerak itu lalu mengeluarkan suara kecilnya kakak tak mesej lagi ke tanyanya kepada adikku. kekusutan kanak-kanak ini terjawab dengan perkabaran yang disuarakan itu. rendik jam itu menunjukkan 11.15 malam. kakaknya masih lagi sibuk di studio dengan rentak tarinya. kasih sayangnya terhadap kakaknya sungguh suci dan lulur. kanak-kanak yang sebayanya mungkin tidak rasa akan perasaan yang dia rasa.
wajahnya sungguh lega pabila ketemu dengan kakaknya kembali bagai telah melepaskan satu beban yang sungguh berat.

kemudian aku teringat kisah semalamnya. kanak-kanak yang sama ini juga yang semalamnya merengek dan menitiskan air matanya karna kakaknya hanya karna kakaknya pergi bermaen basikal lagi selepas mereka dikejar oleh van biru misteri itu. hilangnya kakaknya itu dari pandangannya membuatkan kanak-kanak itu kembali resah. apa yang keluar dari mulutnya hanya " kakaaaakkk .. kaaakkkaaakkk". aku cuba menenangkan kanak-kanak ini dan dalam kotak kecil aku berkata kanak-kanak ini sungguh bagus dengan keadaan lelahnya masih sempat lagi dia memikirkan kakaknya dan ingin dia pergi mencari kakaknya namun aku menghalangnya. ini bukan drama tapi hakiki masih ada seorang adik kecil yang tidak tahu apa-apa tentang dunia luar tetapi hanya memikirkan kasihnya itu terhadap kakaknya

buat si kakak kepada kanak-kanak ini jangan sesekali kau butakan mata dan hati kau untuk melihat kasih sayang yang suci dan tulus dari adikmu ini. bukan semua orang dapat kasih sekuat ini dari seorang kanak-kanak kecil.pasti satu hari nanti kanak-kanak ini yang bakal membimbing dan menjaga keluarga kalian jika sesuatu terjadi tanpa keluhan dan rintihan. dan aku sendiri pasti kau pun tak sekuat dan seteguh anak kecil ini.

cinta seorang adik itu tak pernah kenal usia
cinta seorang adik tidak akan pernah mati walau sesaatpun.


No comments:

Post a Comment