Monday, December 26, 2011

Penghisap darap

Tiap kali aku berkunjung di teratak mu
Untuk mengunjungmu
Pasti penjaga mu mendekati aku
Lalu menghisap darah-darahku
Lalu membintatkan seluruh tubuhku .
Sumpahan hanyalah apa yang mampu terkeluar
Daripada mulut aku buat kamu .

Sunday, December 25, 2011

Nada kau

Nada kau.
Buat aku hilang matlamat
Buat aku hilang fokus
Buat aku hilang pertimbangan
Buat aku hilang segala-galanya.

Idea yang sebentar tadi penuh di dalam kepalaku
Terus hilang meninggalkan ku terkapai-kapai
Mencuba menangkapnya kembali
Tetapi hampa , hampa
Karna
Nada kau yang merosakkan segalanya .

Tuesday, December 6, 2011

due date adalah tekanan

tatkala due date,
masih lagi word 2007 daku tidak punyai isi
kosong..
aku tekan punat-punat abajad di keyboardku
tapi masih jua ku buntu
karna setelah selesai menekan daku mendeletekannya kembali

kemudian kepala ku pusing dan pening melihat screen monitor
karna due date nya adalah esok.
kusut oh kusut.

mengapakah wujudnya perkataan due date
due date adalah perkataan yg menyebabkan ramai orang tekanan.
benar kan kalian ?
due date = tekanan !

tapi daku sedar tekanan ini lah yang akan menjadikan
daku berjaya dan berguna
dan daku jua pasti akan berterima kasih kepada mereka
yang meletakkan due date keatas tubuhku.

p/s :
buat mereka yg penuh dgn due date .
para pelajar dan para tenaga kerja.

Sunday, October 9, 2011

kotak kurungan yang hampir koyak

tlg mengerti bukan kau sorg yg hidup dan berkuasa di dunia ini. manusia laen masih punya perasaan. jgn mengugut dan jadikan ia sebagai alasan.!
manusia sering xsedar tp klu tiap kali diulangi. tiap kali jua kita terasa peritnya. sabar itu sudah sebati. cume kadang2x perasaan berontak itu membuak-buak ingin keluar dari kurungannya.

klu melawan di kata kurang ajar mahupun biadap
tapi dimanakah letaknya kewarasan seseorang itu dengan memperlakukan sedemikian.

kau menggugut kami dengan status kau . kami tahu kami kerdil dan xlayak disamping kau . tak pernah terlintas untuk setaraf dengan kau kerna ku tahu ia mustahil.

yang kami minta cuma secebis kasih dan dihargai serta difahami.



Friday, July 15, 2011

manusia ini hanya ada dua pilihan

jalan yang mereka pilih
bukan satu-satunya jalan yang ada

karna
manusia ini hanya ada dua pilihan
ingat dua pilihan !

samaada

untuk memilih untuk tidak
untuk terima untuk tidak
untuk sayang untuk benci
untuk mengerti untuk pura2x tidak mengerti
untuk bercanda untuk serius
untuk mengasihi untuk menyakiti
untuk realiti untuk berimaginasi
untuk menerima untuk menolak
untuk berkata-kata untuk membisu
untuk menyalahkan untuk memaafkan


terlampau banyak "untuk"
untuk dinyatakan

sama ada kita sedar atau tidak

ingatlah..

manusia ini hanya ada dua pilihan

Wednesday, July 6, 2011

sejuta emosi

dalam keseronokan menjalani kehidupan masing2x
semalam daku terkapai2x dengan gelombang sejuta emosi
seharian daku merasakan pelbagai emosi
kemalasan
kepanasan
riang
gembira
kehilangan
cuak
gundah gulana
tekanan
meracau
merengek
takut

p/s : daku kehilangan kunci kereta di campus - sungguh damn

Sunday, July 3, 2011

bukan aku sorang . tolong paham !

im not trying to be rude
but this what i feel.
mungkin dikau tak pernah sedar
kapan mahu dikau sedar

aku ini siapakah buat dikau ?
bukan kah aku jua anakmu
mengapa harus dikau layan aku sebegini .

im asking for no favoritism
tangisan demi tangisan aku curahkan
agar dikau mengerti perasaan anakmu ini.

kenapa perlu ada pilih kasih?
kenapa mereka xboleh buat !
kenapa harus tetap aku!!
kenapa lentingan dikau utk aku.

daripada kecik sehingga sekarang
tangisan malam aku masih tidak dapat
menjawab persoalan yang sama dari dulu.

aku bukan anakmu kah ?

Tuesday, June 28, 2011

karna aku cinta kau bukan kawan kau.

kawan ??
apa ada dengan kawan ??
siapakah yang kau sayang aku kah kawan kau ??
aku xpernah larang kau berkawan ..
tapi jaga la hati ku sikitt.
bukan banyak yang aku minta
cuma sedikit je perasaan dihargai..

kawan kau xpernah salah ape pun..
kau yang membuatkan aku bencikan dorang..
kau xpernah nak percayakan aku..
aku ni sapa ??
kawan kau kah ??
atau cinta kau ??

kenapa kau selalu buat aku macam ni ??
macam mana ??
kau xpernah endahkan perasaan aku..
tatkala aku bercerita xpernah kau dengar
tak pernah kau kisah
lantas kau memekakkan telinga kau..
bila kau bercerita aku buat perkara yang sama tahu kau marah
tahu sakit hati..
abis selama ni perasaan aku ? kau kesah ??

tapi kali ini bukan karna kau.
tapi karna kawan kau..
tiap kali mereka bercerita atau menyampaikan informasi
kau dengar dengan tekun
walaupun cerita yang mereka sampaikan itu
persis seperti apa yang aku katakan pada kau

abis selama apa terjadi dengan perbualan kita ??
aku masih tidak mengerti !
kata aku bagaikan sampah
kata mereka kau puja..

tak bolehkah kau beri sedikit tempat utk aku..
tak bolehkah kau dengar celoteh ku..
aku bukan kawan kau..
aku cinta kau..

bukan sekali..
beribu kali berjuta kali..
asal aku katakan .. kau pekakkan telinga
asal mereka katakan .. kau dengar
asal aku bersuara ttg hal ini
kau mengentan.
balik-balik salah aku..
kau tahu aku sakit hati
tapi kau tetap mengulangi tanpa toleh kebelakang..

aku mohon tolonglah dengarin aku
aku mohon mengertilah aku

karna aku cinta kau bukan kawan kau.

Thursday, June 23, 2011

dengarlah :

kadang2x rasa mcm xnak ada perasaan..
aduuh.. kusut nya
macam2x nk kne pikir..
kita xtahu ape yg org rasa tatkala mereka ketawa..
begitu jua kita.
jgn sangka kita ketawa kita bahagia
banyak perkara perlu kita pendamkan
ia sungguh sedih, tragik dan pilu..

jadi sekalian org di luar sana
jangan la menilai seseorang itu daripada luarannya
karna kita x akan pernah tahu akan
apa yang mereka lalui saban hari utk mengharungi liku kehidupan..

Tuesday, June 14, 2011

tentangnya

terketar2x perasaan ini hadir dalam tubuhku tapi masih jua ku tidak mengerti apakah yg ku rasa sebenarnya? kadang2x ia buat daku seperti ingin meraung, menangis.di mana harusku cari tempat untuk ku dakap seerat mungkin. bantulah daku untuk mencari kesempatan itu.

Monday, June 6, 2011

masih tidak sedar

kadang-kadang apa yang kita lalui
tak penah indah
tak pernah girang
tapi tak bererti kita tak boleh mencuba..
untuk mengindahkan suasana itu..
keperitan,kedukaan mahupun
kebencian itu seharusnya kita buang..
buang jauh-jauh..
agar ia tak terus membelenggu apa yang kita ada.


by :: immi inrummurni

tekanan meracuni jiwaku

mengapakah..
ohhh mengapakah..

perasaan daku tak pernah kau fikir
daku kau perlakukan bagai lembu
lembu yang sering ditarik hidung oleh lanun

kadang-kadang aku turut merasakan
manakah keperimanusian kau
atau kau tak pernah punya ?

berikanlah daku sedikit ruang
di dalam sekeping hati kau untuk aku bernyawa
bukan..
bagaikan hidup segan mati tak mahu

cuba..
cubalah..
cubalah..

giliran kau pula untuk meratapi daku..
mendengar daku..
menghargai daku..

hanya..
itu sahaja yang daku minta
daripada kau yang keras kepala dan berhati batu

agak sukarkah bagimu..
untuk menyempurnakan
perasaan yang pernah berputik diantara kita di episod lalu..

selamatkan lah daku daripada
tekanan yang meracuni jiwaku..
daku tak sanggup
tak sanggup..

by :: immi inrummurni

Monday, April 4, 2011

Daku Mohon

daku benci hati ini
hati ini terasa sungguh pedih
mengapakah dikau sering kali
membelakangi hati ini
lalu dikau membiarkan onak duri menghuni

ia sangat perit untuk ditatap
apatah lagi untuk dirasai
mengapakah tiada sedikit pun belas kasihan
yang sanggup dikau lontarkan buat daku

berikanlah aku kesempatan agar
aku jua mampu merasakan dahaganya kasih
disamping senyuman yang terukir dibibirku

biarkannlah pedih dan perit itu berlalu
aku mohon..
aku mohon..
ia berlalu

by :: immi inrummurni

Wednesday, March 16, 2011

irama itu

mengapakah suatu kita kusut mahupun tekanan
irama sayup itu senantiasa menjadi peneman
manakala irama yang tatkala membuatkan kita senyum selalu kini menitiskan mutiara
dalam tak sedar lalu mutiara itu berderai
dalam tak sedar kita ini masih berjiwa halus..
dalam tak sedar lagi kita ini masih menitiskan jua..
mengapakah hanya didendangkan irama sedemikian
kita lemah..
lemah dan jatuh untuk menghadapi segala-galanya..
bagi daku irama ini cukup merdu dan indah
sehingga mampu menusuk kalbu yang sedalam-dalamnya
yang tidak mampu ditembus oleh sebarang apa pun...
irama itu..
irama yang membuatkan daku tenang..
tenang dengan hari-hariku..


by :: immi inrummurni


Thursday, March 10, 2011

duhai masalah

masalah wahai masalah..
mengapakah kau selalu menggangu hidup kuh..
tak pernah sekali kau menghiburkan aku..

masalah wahai masalah..
dahulu aku selalu girang..
kini kegirangan kuh tiada seri lagi
karna kau telah menyelubungi hidupku

masalah wahai masalah..
mampukah aku tanggani dirimu dengan ketabahan diri ini..

wahai masalah..
aku tak cukup kuat untuk mengharunginya..
berikan lah aku ruang untuk memahamimu agar kau tidak mengusutkan jiwaku..

wahai masalah..
kembalikanlah keriangan di wajah kuh kembali..


by :: immi inrummurni

design kuh selected - final (campap design competition)

coretan bermula mengenai campap design competition 2010..

kawan-kawan, ni daku nak cerita ni..
daku masuk pertandingan design - campap..

design kuh selected final..
tp xtau lg bawa berita gumbira atau x..
pengumuman pemenang kat penang 2 april 2011.


mau tau ape yg klaka x ttg design ni ..
setelah d upload oleh pihak campap..
kawan-kawan fb daku menegur
salah spelling la..

dusssh.. br perassaaan.. sumpah malu..
tp nk buat mcm mana .. bia la..

wahai kawan2x blog kuh..
mari lah like design kuh ya..
ini link nya ::
http://www.facebook.com/campap#!/photo.php?fbid=207743665906157&set=a.207742575906266.61636.153619101318614&theater

ehehhehe..
sekian.. terimas..