Wednesday, March 16, 2011

irama itu

mengapakah suatu kita kusut mahupun tekanan
irama sayup itu senantiasa menjadi peneman
manakala irama yang tatkala membuatkan kita senyum selalu kini menitiskan mutiara
dalam tak sedar lalu mutiara itu berderai
dalam tak sedar kita ini masih berjiwa halus..
dalam tak sedar lagi kita ini masih menitiskan jua..
mengapakah hanya didendangkan irama sedemikian
kita lemah..
lemah dan jatuh untuk menghadapi segala-galanya..
bagi daku irama ini cukup merdu dan indah
sehingga mampu menusuk kalbu yang sedalam-dalamnya
yang tidak mampu ditembus oleh sebarang apa pun...
irama itu..
irama yang membuatkan daku tenang..
tenang dengan hari-hariku..


by :: immi inrummurni


2 comments:

Life Art's said...

sungguh indah irama puisi ini..
dikala irama menemani hati yg lemah..

.: immi :. said...

to Life Art's :: puisi ini dikarang buat dihayati.. terima kasih jika puisi ini menusuk sanubari anda.

Post a Comment